Selamat datang ke blog SMK Jambu Bongkok… Semoga blog ini dapat memberi info kepada anda..(^__^)

Wednesday 28 August 2013

Hari Kemerdekaan

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan penuh semangat oleh Allahyarham Bapa Kemerdekaan kita sewaktu negara menikmati kebebasan daripada belenggu penjajah. Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun memang membawa makna yang besar kepada masyarakat dan negara. 
Justeru itu, pihak sekolah merangka program ini bagi menanam semangat kecintaan pelajar dan warga sekolah kepada tanahair. Antara acara yang dijalankan sempena hari kemerdekaan ini ialah pertandingan melukis poster dan keceriaan kelas di samping melukis bendera Malaysia gergasi...
 
 
 

Raya Aidilfitri


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
&
Perpisahan Tuan Pengetua

 Pada 24 Ogos pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari raya bertempat di Kantin SMK Jambu Bongkok. Majlis ini juga diadakan sempena pertukaran tuan pengetua En. Azami Mohamed ke sekolah baru.. Majlis diadakan dengan penuh meriah sekali..:-)... 
Antara objektif majlis ini diadakan adalah :

* Menghidupkan suasana kemeriahan sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai hari kebesaran dalam Islam.
* Mengeratkan silaturrahim antara pelajar, guru, staf dan warga sekolah.
* Melahirkan pelajar yang cakna dan peka terhadap hari-hari kebesaran dalam Islam.
* Meraikan pertukaran tuan pengetua ke sekolah baru. 

 

Tuesday 28 May 2013

Perkhemahan

 Perkhemahan Unit Beruniform 
peringkat Sekolah


TARIKH  : 
27.06.2013 HINGGA 29.06.2013


TEMPAT : 
PADANG BOLA SMK JAMBU BONGKOK 


Semoga guru-guru & semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang terbaik...

...TERIMA KASIH..
  

KEM ICT


ICT Camp 2013

Seramai 2 0rang pelajar SMK Jambu Bongkok telah menyertai ICP Camp anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula 24 Mei 2013 hingga 25 Mei 2013. Sebanyak 51 buah sekolah telah menyertai kem tersebut..Tahniah diucapkan kepada kedua-pelajar tingkatan 5 SMKJB iaitu Nurul Shafiqah bt Zailan Apandi dan Nur Aizatul Amirah bt Md. Karim kerana telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan merekabentuk montaj sekaligus dapat memberi persaingan kepada sekolah-sekolah yang tersohor.. Semoga ada di kalangan pelajar-pelajar SMKJB berjaya menjadi pakar IT suatu hari nanti..

InsyaAllah...  




 

Wednesday 15 May 2013

Hari Guru

Sambutan Hari Guru 2013
Peringkat Sekolah


TEMA :

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA

Selamat hari guru diucapkan kepada kepada semua warga pendidik. Semoga terus berjaya merentasi halangan-halangan dalam usaha untuk membentuk peribadi yang baik serta akhlak yang terpuji dikalangan anak-anak bangsa dan anak-anak malaysia.

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus 
(meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)






Monday 29 April 2013

Perkhemahan


Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 
Peringkat Daerah Marang


Pada 25/4/2013 - 27/4/2013, SMK Jambu Bongkok telah menjadi tuan rumah bagi Perkhemahan KRS peringkat daerah. 

 

Kem Kecemerlangan


Kem Kecemerlangan Akademik & Pemantapan Sahsiah Pelajar
PMR & SPM 2013



Pada 18 - 20 April telah diadakan Kem Kecemerlangan untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM bertempat di SMK Jambu Bongkok. Semoga kem ini dapat memberi manfaat dan menjadikan pelajar-pelajar lebih bersemangat dan bersedia dalam menghadapi peperiksaan sebenar nanti.. Good Luck & All The Best ..


" Pedulikan apa yang orang kata... Anda boleh @ tidak boleh BERJAYA...
ANDA yang tentukannya...PERCAYA & YAKIN...usaha anda boleh berjaya..
Dengan IZIN ALLAH,,PASTI ANDA BERJAYA!! " 








Tuesday 9 April 2013

Karnival Dakwah


KARNIVAL DAKWAH
Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Marang 1434H / 2013M


Karnival ini diadakan pada 8/4/2013 (Isnin) bertemakan 'AL-QURAN PENJANA WASATIYYAH UMMAH'. SMK Jambu Bongkok telah menjadi tuan rumah bagi kategori sekolah menengah manakala SK Jambu Bongkok menjadi tuan rumah bagi kategori sekolah rendah.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...
YANG KALAH JANGAN BERPUTUS ASA..
CUBA LAGI TAHUN DEPAN...
INSYAALLAH

:: Dakwah Sepanjang Zaman ::

Sunday 10 March 2013

LADAP

Kursus Dalam Perkhidmatan 
Siri 1 2013


TARIKH : 16 MAC 2013
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI – 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMKJB

TENTATIF PROGRAM 
 
8.00 Pagi     :  Pendaftaran Peserta
8.30 Pagi     :  Slot 1  - Cuti Kakitangan 
                           (YM Tuan Syed Mohd bin Tuan Baru) 
10.30  pagi  :  Rehat

11.00 pagi   :  Slot 2  - Taklimat Koguru
                           (Pegawai dari Koguru)
1.00 tgh       :  Makan tengahari dan bersurai
 
 

Wednesday 27 February 2013

Seminar Kecemerlangan SPM


Seminar Kecemerlangan SPM Pendidikan Islam
Siri 1 2013


TARIKH : 28 FEBRUARI 2013
HARI : KHAMIS
MASA : 11.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMKJB

TAJUK :
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB
PENDIDIKAN ISLAM SPM

Fasilitator :
USTAZAH NORIDA BINTI OTHMAN
(Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SPM SMK Merchang)






Carian