Selamat datang ke blog SMK Jambu Bongkok… Semoga blog ini dapat memberi info kepada anda..(^__^)

Wednesday 28 August 2013

Hari Kemerdekaan

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan penuh semangat oleh Allahyarham Bapa Kemerdekaan kita sewaktu negara menikmati kebebasan daripada belenggu penjajah. Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun memang membawa makna yang besar kepada masyarakat dan negara. 
Justeru itu, pihak sekolah merangka program ini bagi menanam semangat kecintaan pelajar dan warga sekolah kepada tanahair. Antara acara yang dijalankan sempena hari kemerdekaan ini ialah pertandingan melukis poster dan keceriaan kelas di samping melukis bendera Malaysia gergasi...
 
 
 

Raya Aidilfitri


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
&
Perpisahan Tuan Pengetua

 Pada 24 Ogos pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari raya bertempat di Kantin SMK Jambu Bongkok. Majlis ini juga diadakan sempena pertukaran tuan pengetua En. Azami Mohamed ke sekolah baru.. Majlis diadakan dengan penuh meriah sekali..:-)... 
Antara objektif majlis ini diadakan adalah :

* Menghidupkan suasana kemeriahan sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai hari kebesaran dalam Islam.
* Mengeratkan silaturrahim antara pelajar, guru, staf dan warga sekolah.
* Melahirkan pelajar yang cakna dan peka terhadap hari-hari kebesaran dalam Islam.
* Meraikan pertukaran tuan pengetua ke sekolah baru. 

 

Carian