Kejohanan Merentas Desa
Kejohanan merentas
desa merupakan satu daripada aktiviti sukan yang diadakan pada setiap tahun di
peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid dan
memilih wakil sekolah untuk kejohanan merentas desa peringkat daerah. Kejohanan ini telah diadakan pada 23 Januari
2013 (Rabu). Kejohanan pada kali ini turut melibatkan penyertaan daripada ibu
bapa pelajar. Para ibu bapa juga begitu bersemangat menyertai larian ini..
Ianya juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu
bapa pelajar dengan warga sekolah..Semoga kejohanan seperti ini dapat
diteruskan lagi pada masa akan datang... Terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini..
No comments:
Post a Comment