...Sejarah Penubuhan SMK Datuk Awang Jabar..
Sekolah
ini telah memulakan sesi persekolahannya pada 2 Januari 2006.
Pengurusan pentadbiran dipelopori oleh Tuan Haji Hasan bin Muda (GPK Hal
Ehwal Murid), Tuan Haji Ibrahim bin Salleh (GPK Kokurikulum) dan
diikuti oleh Tuan Haji Mohd Yunus bin Zakaria sebagai GP Kanan.
Puan
Che Mek Kamariah binti Che Yem merupakan pengetua perintis sekolah ini.
Pada tahun 2006 pentadbiran sekolah ini digalas oleh 10 orang guru dan 4
orang staf sokongan. Kumpulan pelajar pertama yang mendaftar di sekolah
ini seramai 142 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan
4. Kini, jumlah tersebut meningkat kepada 28 orang guru, 9 orang staf
sokongan, 223 orang pelajar dan 11 kelas beroperasi.
Pada 16
April 2008, Tn. Hj. Mat Zali bin Abu bakar memulakan tugas sebagai
pengetua SMK Jambu Bongkok menggantikan Puan Che Mek Kamariah binti Che
Yem sehingga 31 Mei 2011. Kini beliau berkhidmat di SMK Seberang Marang. Bermula 1 Jun 2011,
SMK Jambu Bongkok diterajui oleh En. Azami bin Mohamed (Pengetua), En.
Mohd Suberi bin Abdullah (PK Pentadbiran), Tuan Haji Hasan bin Muda (PK
HEM) dan Tuan Haji Ibrahim bin Salleh (PK Kokurikulum). Bermula Disember
2012, En. Wan Nik bin Muda telah berkhidmat sebagai PK Pentadbiran di
SMKJB menggantikan En. Mohd Suberi bin Abdullah.
Kini pengetua SMK Datuk Awang Jabar ialah En. Kamarulzaman Bin Ismail manakala PK Kokurikulum iaitu Tn. Hj. Ibrahim bin Salleh telah bersara dan digantikan oleh En. Mohammad Rozali bin Sulong.
smkjb memang terbaik.. skoloh nye cntk.. bersih.. selesa untk blaja..
ReplyDelete