Selamat datang ke blog SMK Jambu Bongkok… Semoga blog ini dapat memberi info kepada anda..(^__^)

Thursday 31 January 2013

Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M


Pada 29 Januari 2013 (Selasa) telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan pada tahun ini turut melibatkan ibu bapa pelajar di mana mereka turut menyertai perarakan dan mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Kamairudin bin Omar (Pegawai Khas Agama Menteri Besar). Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir & semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini... (^__^)


Watikah Pelantikan Pengawas


Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan
 Pengawas Pusat Sumber


Majlis ini telah diadakan pada 27 Januari 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Ibnu Sina SMKJB dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKJB, En. Azami bin Mohamed. Majlis ini diadakan pada setiap tahun bagi mengiktiraf tugas dan peranan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang mana mereka memainkan peranan penting demi membantu pihak sekolah melicinkan aktiviti harian di sekolah.


 "Semoga Komitmen yang diberikan 
Menjana Pendidikan Bestari 
Pemangkin Kegemilangan" 

  

PK HEM, Tn. Hj. Hasan bin Muda menyampaikan amanat beliau
Tuan Pengetua menyampaikan ucapan
Tuan Pengetua merasmikan majlis







Merentas Desa


Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan merentas desa merupakan satu daripada aktiviti sukan yang diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid dan memilih wakil sekolah untuk kejohanan merentas desa peringkat daerah. Kejohanan ini telah diadakan pada 23 Januari 2013 (Rabu). Kejohanan pada kali ini turut melibatkan penyertaan daripada ibu bapa pelajar. Para ibu bapa juga begitu bersemangat menyertai larian ini.. Ianya juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa pelajar dengan warga sekolah..Semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang... Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..











Saturday 19 January 2013

Orientasi & Re-Orientasi Pelajar


Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan 
Re-Orientasi Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 & 5


Program orientasi ini telah diadakan pada 1-3 Januari 2013. Program ini penting sebagai persediaan  bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan proaktif serta sentiasa mendengar arahan, memberi kerjasama dengan guru dan menyayangi sekolah mereka. Banyak aktiviti diadakan sepanjang program ini seperti gotong-royong, Kebersihan dan Keceriaan Kelas, Pertandingan Mencipta Logo Kelas dan penyampaian hadiah. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para  guru, staf sokongan, pekerja swasta serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..:) 

 Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program
Tuan pengetua bersama PK HEM & PK1
Sebahagian daripada guru-guru lelaki
Sebahagian daripada guru-guru perempuan





 













Carian