Selamat datang ke blog SMK Jambu Bongkok… Semoga blog ini dapat memberi info kepada anda..(^__^)

Tuesday 28 May 2013

Perkhemahan

 Perkhemahan Unit Beruniform 
peringkat Sekolah


TARIKH  : 
27.06.2013 HINGGA 29.06.2013


TEMPAT : 
PADANG BOLA SMK JAMBU BONGKOK 


Semoga guru-guru & semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang terbaik...

...TERIMA KASIH..
  

KEM ICT


ICT Camp 2013

Seramai 2 0rang pelajar SMK Jambu Bongkok telah menyertai ICP Camp anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula 24 Mei 2013 hingga 25 Mei 2013. Sebanyak 51 buah sekolah telah menyertai kem tersebut..Tahniah diucapkan kepada kedua-pelajar tingkatan 5 SMKJB iaitu Nurul Shafiqah bt Zailan Apandi dan Nur Aizatul Amirah bt Md. Karim kerana telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan merekabentuk montaj sekaligus dapat memberi persaingan kepada sekolah-sekolah yang tersohor.. Semoga ada di kalangan pelajar-pelajar SMKJB berjaya menjadi pakar IT suatu hari nanti..

InsyaAllah...  




 

Wednesday 15 May 2013

Hari Guru

Sambutan Hari Guru 2013
Peringkat Sekolah


TEMA :

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA

Selamat hari guru diucapkan kepada kepada semua warga pendidik. Semoga terus berjaya merentasi halangan-halangan dalam usaha untuk membentuk peribadi yang baik serta akhlak yang terpuji dikalangan anak-anak bangsa dan anak-anak malaysia.

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus 
(meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)







Carian