Selamat datang ke blog SMK Jambu Bongkok… Semoga blog ini dapat memberi info kepada anda..(^__^)

Monday, 11 August 2014

Hari Raya Aidilfitri

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri


 Pada 11  Ogos pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari raya bertempat di Kantin SMK Jambu Bongkok. Majlis diadakan dengan penuh meriah sekali..:-)... 
Antara objektif majlis ini diadakan adalah :

* Menghidupkan suasana kemeriahan sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai hari kebesaran dalam Islam.
* Mengeratkan silaturrahim antara pelajar, guru, staf dan warga sekolah.
* Melahirkan pelajar yang cakna dan peka terhadap hari-hari kebesaran dalam Islam.

Saturday, 17 May 2014

Hari Guru 2014

 Sambutan Hari Guru 2014


TEMA  :

GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada 18 Mei 2014 (Ahad). SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada guru-guru SMK Jambu Bongkok dan seluruh guru di Malaysia termasuk insan-insan yang bergelar PENDIDIK.. 

........................................................................................................
Baktimu bak segunung intan,
Budimu seluas lautan terbentang,
Semoga Allah terus merestui segala usaha murnimu...

**copypaste from google.. hehehe...
..........................................................................................................


... Gambar-gambar sepanjang program ...











Saturday, 4 January 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



...WELCOME BACK TO THE SCHOOL...


SELAMAT TAHUN BARU 2014 & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SELAMAT DATANG KE SMK JAMBU BONGKOK DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1. SEMOGA ANDA DAPAT BELAJAR DENGAN BAIK DAN GEMBIRA DENGAN PERSEKITARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH. 

SEMOGA SEMUA PELAJAR SMKJB   MENERUSKAN SEMANGAT JUANG  UNTUK BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH  DEMI KEJAYAAN HIDUP DAN JUGA KECEMERLANGAN SEKOLAH.

KEPADA GURU-GURU, TERUSKAN KOMITMEN ANDA MENGAJAR ANAK-ANAK DIDIK SMKJB BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014 INI. 

SEMOGA SMK JAMBU BONGKOK TERUS BERJAYA DAN MELAKAR KECEMERLANGAN YANG LEBIH GEMILANG..

.....BE THE BEST....



Wednesday, 28 August 2013

Hari Kemerdekaan

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan penuh semangat oleh Allahyarham Bapa Kemerdekaan kita sewaktu negara menikmati kebebasan daripada belenggu penjajah. Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun memang membawa makna yang besar kepada masyarakat dan negara. 
Justeru itu, pihak sekolah merangka program ini bagi menanam semangat kecintaan pelajar dan warga sekolah kepada tanahair. Antara acara yang dijalankan sempena hari kemerdekaan ini ialah pertandingan melukis poster dan keceriaan kelas di samping melukis bendera Malaysia gergasi...
 
 
 

Raya Aidilfitri


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
&
Perpisahan Tuan Pengetua

 Pada 24 Ogos pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari raya bertempat di Kantin SMK Jambu Bongkok. Majlis ini juga diadakan sempena pertukaran tuan pengetua En. Azami Mohamed ke sekolah baru.. Majlis diadakan dengan penuh meriah sekali..:-)... 
Antara objektif majlis ini diadakan adalah :

* Menghidupkan suasana kemeriahan sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai hari kebesaran dalam Islam.
* Mengeratkan silaturrahim antara pelajar, guru, staf dan warga sekolah.
* Melahirkan pelajar yang cakna dan peka terhadap hari-hari kebesaran dalam Islam.
* Meraikan pertukaran tuan pengetua ke sekolah baru. 

 

Tuesday, 28 May 2013

Perkhemahan

 Perkhemahan Unit Beruniform 
peringkat Sekolah


TARIKH  : 
27.06.2013 HINGGA 29.06.2013


TEMPAT : 
PADANG BOLA SMK JAMBU BONGKOK 


Semoga guru-guru & semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang terbaik...

...TERIMA KASIH..
  

KEM ICT


ICT Camp 2013

Seramai 2 0rang pelajar SMK Jambu Bongkok telah menyertai ICP Camp anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula 24 Mei 2013 hingga 25 Mei 2013. Sebanyak 51 buah sekolah telah menyertai kem tersebut..Tahniah diucapkan kepada kedua-pelajar tingkatan 5 SMKJB iaitu Nurul Shafiqah bt Zailan Apandi dan Nur Aizatul Amirah bt Md. Karim kerana telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan merekabentuk montaj sekaligus dapat memberi persaingan kepada sekolah-sekolah yang tersohor.. Semoga ada di kalangan pelajar-pelajar SMKJB berjaya menjadi pakar IT suatu hari nanti..

InsyaAllah...  




 

Carian